Archive for the ‘Mieyleter & mieyrapu’ Category

Lepas aku buat artikel Finally Reveal:Kini Ku Tahu,aku sms mak aku mintak dia baca sebab aku memang tak mampu nak cakap sendiri.Aku memang sure akan menangis teruk.Aku terlalu sedih.Aku memang tak sangka baik yang aku bagi dekat orang ini balasan yang aku terima.Tapi,takpe,aku yakin Tuhan ada dan Tuhan sentiasa bantu hambaNya.Semoga orang yang berkenaan diberikan Hidayah Allah dan mendapat balasan yang setimpal.Kalau tanya aku memang aku taknak maafkan orang camni,tapi terpulanglah sejauh mana orang tu insaf.Kalau tak insaf…sendiri taula apa jawapan aku.Ok,dekat bawah ni email yang mak aku hantar kat aku,then aku balas balik sebab rasanya  mak faham kerja aku camna (walaupun dah banyak kali bagitau…heheh).Lepas aku terangkan semua barulah mak aku faham situasi dan keadaan aku sekarang.Sudi-sudikanlah baca ye….sekian.

—**—

(Ini email yang mak aku reply)

Bismillahirahmanirrahim……………Allah hu akbar

Sebelum mak memulakan bicara, terlebih dulu mak ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dengan mak. Memang tepat , individu yang paling tepat untuk dikongsikan masalah adalah ibu sebab ibu faham isi hati anak yang dilahirkannnya. Namun begitu , ibu juga perlu rasional dalam mengatakan sesuatu bukan 100% memihak kepada anak sebaliknya memberi pendapat supaya anak berfikir dan merenung ke dalam diri dan cari jalan penyelesaian sendiri.

Setiap yang berlaku ada puncanya seperti kata pepatah ” pokok tak akan bergoyang jika tiada angin ” Oleh itu jika ada sesuatu perkara yang terjadi kita perlu berfikir, tetapi biarlah berfikir secara positif. Kita perlu muhasabah diri, kenapa dan mengapa perkara ini berlaku ke atas kita ? Apa yang telah aku lakukan ? Bagaimana sikap aku selama ini ? Persoalan ini perlu kita jawab dengan ikhlas dan jujur  berdasarkan kepada peribadi diri sendiri dan renungkan sedalam-dalamnya

Sudah menjadi lumrah alam manusia tak suka tenguk orang lain senang dan mereka senang jika orang lain tak senang. Konflik di tempat kerja begini adalah perkara biasa dan tak perlu di layan. Adalah amat tidak profesional jika kita melayan mereka yang tidak profesional dan kita akan menjadi lebih bodoh dari mereka.

Di zaman Rasullullah lagi, baginda menghadapi pelbagai cabaran dan penghinaan. Tetapi apa yang beginda lakukan? Baginda tetap bersabar meski pun baginda di lemparkan dengan najis. sehinggalah suatu hari dimana apabila baginda melalui jalan yang selalu dilaluinya tetapi orang yang menghina baginda itu tidak ada, lalu baginda bertanya kepada sahabat dan sahabat memberitahu bahawa orang tersebut sedang sakit dan baginda pergi menziarahinya. Akhirnya apa yang berlaku? Orang yang jahat itu insaf dan malu dan akhirnya memeluk Islam. Begitu sekali mulianya sikap Rasullullah. Jadikanlah  sikap baginda ini sebagai teladan untuk diikuti .

Mungkin kita akan berkata, itu Rasul tetapi kita ni manusia biasa. Betul! tetapi tidak salah untuk kita ikut malah lagi baik untuk mengelak permusuhan. Permusuhan dan memutuskan siratul Rahim adalah dimurkai Allah. Jika orang itu tidak boleh jadi sahabat kita , cukup sekadar kita tidak memutuskan siratul Rahim. Biarkan dia. Bila sembahyang disamping berdoa untuk kesejahteraan kita, doakan juga untuk kesejahteraan dia. Minta pertolongan Allah agar dia berubah dan bertaubat. Allah Maha mendengar, Maha memahami dan Maha pengasih lagi penyayang. Jangan malu untuk mengadu sebarang masalah dengan Allah. Menangislah ddiepan Allah, rayu dan minta pertolonganNya dengan bersungguh-sungguh semoga hidup ini dirahmati .

Seperkara lagi yang perlu diingat, setiap musibah yang menimpa kita ada hikmahnya. Allah bagi musibah dan kesusahan sebab Dia nak uji kesabaran kita. Dia nak bagi pahala mungkin selama ini kita kurang mengingati Allah . Jika kita sabar , Allah akan bagi pahala . Sentiasa bersangka baik pada Allah . Dia bagi kesusahan sebab dia sayang pada kita sebab manusia ni jika selalu senang dan tiada masalah , kita mula lupa Allah jadi dia bagi kita susah baru kita nak ingat Allah. Jadi banyaklah bersabar .

Tentang fitnah yang dilemparkan, ” BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH ” . kita sendiri yang paling mengerti siapa kita sebenarnya dari orang lain. Biar apa orang nak kata, kalau kita tak buat , tak perlu risau. Diam saja, lama-lama dia pun akan diam sebab tak ada respon. Tetapi jika dia kata , kita dok lawan , dia mulalah suka….dan banyak lagi fitnah yang akan dilemparkan. Satu hari nanti mungkin dia akan sedar dan bertaubat. Yang penting mak pasti anak mak masih bersih dan mak harap kesucian ini terus dipelihara. Insya Allah……….!

Jika masalah pejabat, cara yang terbaik adalah bawa dalam mesyuarat seperti yang diperkatakan biar boss yang buat keputusan setelah mendengar hujah dari kedua pihak.

Bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi, luahkanlah apa yang terpendam agar ringan sedikit bebanan. Menangis adalah salah satu cara untuk released tension. Menangislah sepuas-puasnya, jangan simpan didalam hati.

Seperkara lagi yang nak mak ingatkan bahawa, mengambil masa bekerja dengan melakukan urusan peribadi seperti membuka FB, menonton movie , msg dan lain-lain urusan yang tidak berkaitan dengan tugas dianggap sebagai mencuri iaitu mencuri masa. Mencuri hukumnya berdosa dan wang hasil mencuri hukumnya haram untuk dibelanja dan jika berbelanja ianya tidak diberkati Allah. Jika hidup tidak diberkati Allah maka kita akan mendapat bencana seperti sering dilanda duka dan kesedihan. Renung-renunglah……….!

Jika nak layari FB atau internet, langganlah internet sendiri.

Sebagai pengakhir kata , hayatilah kata-kata hikmah yang mak lampirkan bersama.

Pesanan dari mak, ingatlah mak sentiasa sayang kak long dan sering bersama walau pun disaat susah dan senang.

—**—

(Ini yang aku reply balik kat mak aku memandangkan mak kurang faham situasi dan kerja aku)

Assalamualaikum mak yang tercinta,

Terima kasih sudi baca masalah kaklong.Kaklong faham mak perlu jadi rasional dalam buat keputusan.Yang tu jugakla yang kaklong cuba praktikkan dalam hidup ni.Kaklong bukan jenis orang yang suka tuding jari kat orang tanpa sebab.Kaklong memang selalu ikut nasihat mak.

Cam dulu masa kaklong bagitau pasal budak-budak ofis xmau dengar cakap.Kaklong pikir balik…mungkin kaklong tegas sangat.Tapi kaklong jadi tegas sebab manager yang suruh.Sebab kalau depa buat salah kaklong yang kena marah.Mak mungkin tak faham pressure keja camni tapi memang kaklong takda niat pun nak marah budak-budak tu.Semua sebab kerja je.Benda libatkan duit.Kita silap sikit dah rugi.Contohnya bila budak-budak ni salah ambik order dan tersilap cakap time…bila customer mengamuk silap2 order boleh jadi free.Itu yang kaklong kena cuba elak dari jadi.Sebab benda camtu boleh menyebabkan kerugian.Tiap-tiap bulan company rugi dok bagi makanan freee dekat customer memang sangat banyak.Untuk pendapatan delivery sebulan dalam RM400k,rugi untuk bagi makanan free saja lebih dari RM3k,itu tak termasuk kos-kos lain dan kerugian masa untuk layan customer camtu yang perlu ditanggung.Dan ada banyak lagi yang kena kaklong jawab dengan manager kalau budak-budak ni salah.Kiranya salah depa disebbkan kaklong tak pandai nak lead.Kaklong ingat balik masa kaklong jadi ejen biasa dulu…kaklong pun sama tension dan faham perasaan depa.So,pastu kaklong decide untuk ubah cara kaklong lead buda-budak ni.Kaklong kurang marah dan kaklong buat bodoh je dan jawab semua soalan yang kadang-kadang boleh dikatakan tak patut tanya untuk seseorang yang dah lama kerja…contohnya soalan coveraga area untuk kawasan yang memang femes cam KLCC dan Ampang point atau soalan outlet tutup pukul berapa.Manager pun cakap buat bodoh je dan jawab je soalan yang camtu.Jangan peningkan kepala sebab depa memang malas nak buka system untuk cari.Walaupun sebenarnya bila kita biar benda ni jadi….kualiti kerja jadi kurang sebab ejen ambik masa lama untuk cakap dengan customer.Bila letak customer on hold terlalu lama….service level akan jatuh.Kaklong jugak yang kena jawab.Depa lebih suka tanya.Kiranya situasi ni lebih kurang cam dulu kaklong belajar english tapi malas nak buka kamus dan dok tanya mak maksud.Tapi kes budak-budak boleh dikatakan lagi teruk.Harap mak faham kerja kaklong ni camna.Ni ringkasan jela.

Untuk internet surfing plak….memang kami semua dibenarkan untuk surf internet sebab time cam tengahari sampai pukul 6 memang tak banyak call langsung.kadang-kadang takda call langsung.Jadi manager lama bagi surf internet sebab kesian tengok kami cam bosan gila tak tau nak buat apa.Sebab tula kaklong ada Facebook.Kalau x memang takdak sampai sekarang sebab tak minat sangat pun.Bila masuk manager baru ni,mula dia tak kisah surf internet,tapi makin lama makin teruk jadinya budak-budak ni…so dia memang tak bagi surf untuk budak-budak yang bermasalah.Masa tu kaklong memang surf jugak tapi kejap sangatla sebab kerja kaklong banyak.Kalau tension sangat baru bukak sebab memang kena release tension.start 3 bulan camtu,manager memang haramkan internet sebab budak-budak memang makin teruk samapi tahap letak call customer yang nak wat inquiry atau customer yang cerewet yang tanya mcm2 soalan.Settle pasal internet.Kaklong memang suka kerja.Jadi kaklong memang akan buat yang terbaik dan cuba untuk cari jalan bagi selesai banyak masalah.budak-budak ni pun kalau ada masalah memang lebih suka jumpa kaklong dari leader sorang lagi atau manger sebab depa tau kaklong jenis adil.Kaklong tak suka sebelahkan mana2 pihak tanpa siasat.Pada kaklong no means no dan yes mean yes and not the other way.

Untuk kes2 yang pernah jadi kat kaklong selama ni…memang kaklong dah terlalu banyak bersabar.Dulu masa mula2 dengar memang kaklong marah sebab kalong tau kaklong tak buat camtu.Tapi bila pikir balik….kalau kaklong tak buat apa kaklong nak menggelabah.Kaklong memang BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.Masa manager baru masuk kerja memang kaklong kerap kena panggil.Mungkin sebab manger lama dan Zul dah cerita apa entah kat dia.Dia memang pernah tanya kaklong pernah datang kerja lewat ke x or betol u camni betol ke u camtu….kaklong memang jawab semua soalan dia.Tapi dia sekadar tanya.Kalau betol kaklong buat mesti masa shif kaklong sale delivery sikit.Mesti service level teruk dam mesti report kaklong tak tip top.Budak-budak ni pun mengaku depa termakan hasutan Zul.Kaklong pun tak faham kenapa dia jadi camtu.Tapi memang dari mula kaklong masuk kerja lagi memang itula benda pertama yang dipesan kat kaklong…jangan percayakan Zul.Tapi kaklong ni jenis tak kisah,janji jangan kacau hidup kaklong sudah.Baru2 ni memang obvious budak2 tu dah memang tak heran langsung apa Zul cakap kat depa.Magsanya kaklongla…kena dok dengar dia merapu dok ngata mcm2 kat depa.Jenis dia memang dia tak suka tegur salah staff.Suka nak peram lama2 sampai jadi teruk baru nak tegur.Memang kalau jadi camtu susah.Jenis kaklong selesaikan terus supaya tak merebak pi kat orang lain.Baru 2 hari lepas ja dia memang ngamuk habis sampai report kat manager padahal kaklong tiap hari antaq repot perangai budak-budak ni kat manager bagi manger update dengan apa yang jadi kat ofis.Kaklong pun dah malas nak layan dia sebab semua kaklong yang ken atanggung sedangkan sia bleh dok seronok tak pressure kena tahan telinga budak2 tu dok menjawab mcm2.Memang kalau kaklong tegur salah budak2 tu dia tak pernah kisah tapi cara dia….hasut kaklong suruh maki depa dan repot teruk2 kt manager.Kiranya kalau tengok budak2 tu surf FB,bila wat report kaklong tokok tmabahla apa2.Lagi satu…hal peribadi budak2 ofis ni semua dia tau.Dia memang cerita kt kaklong tp kaklong ni setkt dengar jela.Tak minat lgsung nak ambik tau.Depa camna kat luar suka hati depala janji kerja buat.Itu dah cukup untuk kaklong.Cam kaklong cakap kat mak budak2 ni tak posa tapi Zul memang kutuk abih budak2 ni….ada dulu dia panggil sorang budak ni cam anjing suka menyalak sebab dok bising dalam ofis.Camtu ke leader yang baik?Camna teruk pun budak tu janganla samakan dia dgn anjing.Lepas dari kejadian dia dok emggelar budak2 ni yang mana gay dia dok kutuk…yang pondan dia bagi gelaran…start tu kaklong dah tak backing dia kalau budak2 ni kutuk dia pendek ke apa ke sebab kaklong padanla ngan muka dia.Jadi leader tapi tak tunjuk contoh yg baik.Dia dok ngutuk ngumpat orang knapoa buadak2 ni nak kutuk n umpat dia dia jadi marah sgt.Sejak tu memang kaklong wat hal sendri ja.Kaklong memang baik ngan dia sampaila kes Man kena tangkap dulu.Memang dalam sebulan gak tak cakap tapi pas reda kaklong ok ja.Malas nak pikir lebih2.Dia tak tau apa jadi…kaklong ja yang tau….pikirla apa dia nk pikir.bukan masalh kaklong.

Sehinggalah 2 hari lepas kaklong terjumpa budak2 ni kat food court yang mak p makan aritu.Start tula depa memang dah tak tahan sangat depa ngadu kat kaklong.mula depa takut seba depa kata kaklong baik ngan Zul.So,depa takut kaklong cerita kat dia dan manager sebab depa memang tau kaklong anta repot kat manager.Kaklong cakapla…memang baik tapi setakat hal kerja jela.Kalau repot pun sebab hal kerja bukan hal peribadi.Kaklong kata kalau nak cerita boleh harap untuk kaklong simpan rahsia.Kaklong bukan jenis suka buka hal peribadi orang dan aibkan orang.So,depa pun ceritala.Dari tula mula datang balik marah kaklong kat dia.kaklong ingat dia dah diam.Macam mak cakap kalau kita tak layan dia akan berenti cakap jugak….mungkin itu apply untuk makhluk ALLAH yang lain.Dia ni nampaknya tak.Mak tau budak2 ofis ni sampai pernah kata kat dia “Zul kau ni takda kerja lain ke asyik nak sibuk hal orang je?” ataupun “kau boleh pergi sana sikit tak.Asal orang nak bercakap je kau mesti ada kat sebelah kn.”.Sampai staff sendiri cakap camtu dekat seorang leader.Dari situ dah memang sah dorang dah tak hormatkn dia.Dia pulak jenis suka sengih2 muka tak malu pergi jugak kat depa.Dia buat bodoh ja.Bila dapat cerita dan gosip terbaru dia sampaikan kat kaklong,Fiza dan sorang lagi pondan yg memang rapat ngan dia.Kira kami 3 orang ni la tempat dia sampaikan gosip.Si pondan ni pun jenis tak tau jaga mulut.Dah orang cerita kau diam sudah.Ni dia pi tanya balik dkt yang kena gosip tu.Bila dah selalu jadi camni….yang lain2 ni mulala syak.Sebab tula timbul semua ni…..Si Fiza ni pulak jenis kawan ngan semua orang dan memang suka dengar gosip tapi dia takla jenis sampaikan fitnah.Dia jadi marah sebab masa dia baik ngan Zul semua gosip terbaru Zul tanya dia.Dia memang cerita sebab ingat Zul dan pondan ni ok.Rupanya depa p cerita balik kt orang dan benda tu makin lama jadi putar belit dan dah tak betul.Zul pulak pernah cakap kat pondan ni dia baik ngan fiza sebab bleh buat Fiza “puppet” dia.Fiza ni marahla sebab niat dia nak kawan ngan org dan bukan biar org ambik kesempatan kat dia.bila dia tanya Zul,jawapannya “aku gurau ja”.Bila tanya pondan tu,dia jawab “aku reka cerita ja”.Bila Fiza tak puas hati,dia tanya lagi kat yang lain dan memang yang lain dah tau pasal ni.Pastu depa diam tak berani nak ngaku apa depa dah cerita kat orang.Sebab tu kaklong kata depa ni tak tau jaga mulut.Benda belum sahih betol dan tak betul p cerita kat orang dan depa pi tokok tambah plak bagi jadi lg sensasi.Pastu pengecut.Bila tanya tak ngaku.Kalau apa yang dia cerita tu betul mesti dia ngaku dan cakap apa yang jadi.

Kiranya yang berkumpul semalam hampir kesemua staff ofis kaklong.Diorang nak tanya kaklong pun segan.Kaklong tanyala sebab apa.Depa kata sebab benda ni libatkan maruah so depa segan nak cakap.Tapi disebabkan kaklong nak tau sangat depa tulis kat handphone then pass kat kaklong.Tak taula mana Zul dapat cerita pasal kaklong.Main tuduh suka hati dia ja.Kaklong rasa budak ofis semua tau kaklong ni camna.Depa pun tak percaya.Depa kata kitorang tak kisah kau camna walaupun sebenarnya kitoang rasa kau tak camtu sebab kau tak cam kitorang suka sosial.Kaklong dengar terus terkedu.Sentap sat.Dok diam ja pikir apa salah kaklong kat Zul sampai camtu dia buat kt kaklong.Kaklong tak pernah cerita pasal family dia kat orang lain walaupun dia memang selalu cerita pasal family dia kat kaklong….dan yang dia cerita bukan yang elok.Dia pernah cakap adik dia lari rumah ngan laki lain.Dia kata senang ja nak cari adik dia sebab cam pelacur.Jap ngan laki ni jap ngan laki lain.Mak bayangkanlah seorang abang yang patutnya jaga adik dia tp itu yg dia cakap pasal adik dia.Dari situ kaklong tau dia memang bukan laki yang baik dan memang suka cerita benda aib orang lain untuk orang lain.Tak taula kalau dia rasa hebat bila boleh bercerita camtu.Kaklong takla terkejut sangat dia boleh cakap camtu pasal kaklong sebab dkt adik sendiri pun dia kata camtu padahal kaklong tak rasa adik dia camtu.nampak ok ja budak tu.mau tolong abang cari kerja semua.Rupa pun tak cam budak yang suka sosial.Tapi wallahualam…itu luaran saja.

Setakat tu jela kaklong cerita kat mak bagi mak tau sikit pasal mamat yang kaklong memang tak boleh nak tahan ngan perangai dia.Kaklong dah sabar tapi jadi jugak.Dia memang cari pasal.Macam mak kata pokok tak bergoyang kalau kita takda angin tapi dia ni jenis pi goyang pokok sendiri bagi bergoyang.Kalau orang tak mau cakap ngan dia pun dia terhegeh2 jugak mai dok nyibuk nak dengar cerita.Kaklong memang boleh sabar tapi kalau sampai libatkan kerja dan peribadi kaklong memang kaklong tak suka.Kalau dia cerita kat orang benda yang kaklong buat mungkin kaklong tak jadi marah sampai camni.Kaklong bukan jenis nak marah tak tentu pasal.kaklong mesti renung balik apa orang kata dan cuba ubah mana yang dah kaklong buat.Tapi kalau kaklong tak buat apa yang kaklong kena ubah?Itu yang kaklong tak faham.Kaklong bukan mintak nasihat dari mak ja tapi dari sorang lagi kawan kaklong yang memang jenis cam mak jugak.dia bukan jenis Manager pun bukan layan kaklong cam leader.Apa2 semua dia cakap kat Zul.Kaklong ni tak tau apa.Tau2 ja ada itu ada ini.kalau dia bagitau kaklong apa salahnya.Dia cari kaklong masa nak mintak buat kerja je.Dia akan cari kaklong untuk buat kerja yang Zul tak mau buat tapi kaklong tak pernah kata no untuk apa2 kerja yang dia suruh buat…masa kerja dah banyak dan kerja yang libatkan untuk tegur budak2 ni…kerja yang ada karangan sebab Zul memang tak boleh langsung nak tulis english….kerja interview orang sebab Zul memang tak boleh interview orang,yela nak interview kita cari yang fluent english tapi kalau yang dok interview tu pun tak fluent camna.Dulu memang manager handle interview sebab dia rasa kaklong tak bleh buat kerja…dia silapla…kaklong buat kerja kejap ja.Semua kaklong boleh handle.Kalau suruh Zul jadi cam masa kaklong cuti dulula….borang application kat mana pun tak tau.Bukan nak cari dulu.Mak tau kesian budak2 ni….air tapis kat pantry tu abih depa mintak dia oder tapi dia buat bodoh ja.Kenala budak2 tu bawak air minum sendri dari rumah.Bila kaklong lepas cuti memang macam2la depa repot.Kesian plak.Selalu kaklong yang cam mak.Apa2 takdak kaklong sediakan.Kerja order air dan oder barang2 ofis bukan kerja kaklong atau sapa2 tapi sapa2 pun boleh buat supaya semua benda sentiasa ada tapi kenala tanya leader dulu nak oder camna apa semua.

Itu je yang kaklong nak cerita buat masa ni.Budak2 ni memang sebulat suara decide nak cerita dekat manager.Kaklong setuju sebab Zul nak buat bagi manager marah dan terus pecat budak2 ni sebab kononnya melanggar peraturan company.Memang depa langgar tapi kena ingat balik,siapa yang biar depa buat camtu?Macam kaklong katala…kalau tegur terus masa dari mula benda ni takkan jadi teruk.Dan satu lagi yang kaklong rasa sebab apa Zul nak depa kena pecat sebab depa tak mau ikut dia cam dulu…depa banyak lawan dia tp tak lawan kaklong walaupun kaklong garang cikit…dan kaklong rasa dia takut bila depa dok mula tanya kenapa dia suka dok bawak mulut cerita fitnah dan ngumpat sana sini.Dia pun ada cakap kat kaklong nak benti kerja sebab tak tahan.Tak tahan dia yang cipta sendiri.Kaklong ok ja.Kaklong nak berenti sebab tak suka cara manager layan kaklong bukan sebab kerja yang kena kaklong buat.Kaklong memang sayang kerja kaklong.Tapi cerita benti kerja ni dah dekat 2 tahun kaklong dengar tapi dia tak behenti gak.Sal tu kaklong kata dia ni penipu,Dia nak kaklong benti sebnarnya…dan memang dah banyak kali kaklong dengar budak2 ni cakap dia dok gitau camtu kat depa…so dia buat ayat camtu bagi kaklong pun setuju untuk sama2 benti kerja.Kononnya teruk sangat kerja kat sini.Dia tak pernah kerja tempat lain bolehla cakap camtu.Kaklong dah pernah rasa kerja tempat lain dan kaklong bersyukur sangat dapat kerja kat sini.Memang teruk tp tak pressure cam kerja Celcom dulu….dia ingat kaklong hidup ikut telunjuk orang kot.Dia ingat kaklong hidup takda arah tuju.Marah sikit nak benti kerja.Dia tak tau kaklong ni jenis yang tabah dan tak mudah putus asa.Kalau ada masa kaklong cerita lagi apa yang dah lama jadi kat ofis ni sampai kaklong down sangat dulu.Tapi sekarang kaklong dah bangkit dan takkan biar orang rosakkan hidup kaklong lagi.Tapi kali kaklong rasa betol Zul nak benti sebab dia cam bersungguh2.Bagusla kalau dia nak benti sebab kaklong memang jamin ofis ni akan jadi aman sebab takda orang yang terhasut dan menghasut lagi dah.budak2 ni hampir semua at least ada diploma bukannya budak kampung yang tak pi sekolah sampai tak bleh pikir baik buruk….sampai tak bleh pikir yang mana betol yang mana salah.

Dok kata nak benti tapi dok sambung jugak.Keputusannya…kaklong dah cakap kat budak2 ni time meeting tunggu manager tegur depa dulu.Then cakap elok2 pasal yang depa tak puas hati.Then diantara tu kaklong akan mencelah kaklong pun selalu dengar cerita yang sama.Kitorang bukan apa….nak dia ngaku ja apa dia dah buat.Kaklong cakap kat dorang…memang susah manger nak percaya sebba manager ni kawan manager lama dan manager lama ni memang percaya bulat2 apa yang Zul cakap kat dia.Kaklong tak tau kenapa tapi memang kaklong pernah nampak sendiri Zul buat salah tapi manager tu cover.So,kaklong cakap kat budak2 ni…depa kena cakap elok2….jangan rude….sekurang2kurangnya manager nampak apa yang buatkan depa jadi teruk camtu…supaya manger nampak orang yang dia percaya selama ni bukan seperti apa yang dia sangkakan…..supaya dia jadi manager yang adil dan tak dengar cerita sebelah pihak je….supaya Zul benti jadi internet bergerak…..dan andaikata manager tak percaya….kaklong redha mak.Kaklong terima apa yang nak jadi lepas ni.Kalau manger tetap sama dan Zul pun sama,kaklong pasrah ja…kaklong buat balik kerja kaklong cam dulu.Buat pekak ja apa nak jadi.dulu kaklong memang nak confront manger tanya apa yang Zul dok cakap kat dia dan kaklong nak clarify apa yang betul tapi kawan kaklong cakap jangan dulu dan better diam je.Tak bermakna diam tu kita teruk tapi bila yang lain pun ada pandangan yang sama…kaklong rasa nilah masanya.Sekuragn2kurangnya ada orang nak backing semua cerita yang disampaikan tu.Okla.dah nak pukul 2.Jap gi Zul masuk kerja.Kaklong tak tau camna nak hadapi kena dok sebelah dia dan kena tahan walaupun kaklong tau apa dia cakap pasal kaklong.Mak tolong doakan yang terbaik untuk kaklong.

—**—

(Ini mak aku balas balik,Alhamdulillah,mak dah faham)

How are U getting on? Mak dh baca segalanya dan mak rasa sedikit sebanyak mak faham akan pergolakkan yang sedang berlaku. Anyway syabas dan tahniah sebab klong adalah individu yang tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

Hidup kita memang banyak dugaan dan pancaroba. Sesiapa yang tabah akan berjaya dan yang lemah akan kecundang akhirnya. Jika mak tak silap didalam masalah yang sedang melanda sekarang ni hanya Z sorang saja yang problem. So let him with his own problems. Individu begini mungkin dia ada masalah peribadi yang tersendiri dan mungkin juga dia ni ada masalah kesihatan mental sebab suka cari pasal dengan orang lain. Orang begini susah nak insaf sehinggalah pada satu hari dia ditimpa  musibah. Tapi berdosa jika doa untuk orang dapat musibah.

Mungkin juga dia ni datang dari keluarga yang bermasalah jadi sikapnya terbawa-bawa di tempat kerja, tak suka dengan semua orang dan anggap semua orang tak betul, dia saja yang kena. Sebab itulah didikan awal semasa zaman kanak-kanak itu penting untuk memupuk sikap yakin , bersemangat dan ada jati diri serta mampu bergaul dengan sesiapa saja tanpa menyusahkan orang lain.

Mak doakan dan berharap agar klong terus tabah menghadapi situasi ini dan cuba selesaikan masalah ini dengan rasional dan professional. I’m sure U can.

Bye N luv U 4ever

—**—

Bila baca balik,aku rasa nak tergelak pun ada.heee.Mak aku ni kalau bagi nasihat dah macam ustazah Nor Bahyah kat TV 9 tu.Muka pun nak sama.huhu.Rindula kat mak.So,kepada sesapa yang membaca atau terbaca,bolehlah tinggalkan komen dan pendapat.Sekarang aku dah ok.Marah aku ni kejap je walaupun sebenarnya aku masih marah tapi tak perlula tunjuk sangat.Cool je sudah.Aku kan gentlegirl.kui kui.Itu je kot.Pasni nak sambung artikel lain plak.Bubye