Archive for the ‘MIEY WORK’ Category

FINALLY REVEAL (KINI KU TAHU)

Posted: September 22, 2010 in MIEY WORK

Hmmm…macam mana aku nak mulakan entri kali ni.Semalam shift aku sampai 11pm.Aku tutup ofis dalam 11.15pm.Sampai flat aku dekat pukul 12pm.Macam biasela kalau lapar aku akan singgah dekat food court sebelah flat tu yang terkenal dengan pecal lele (pecal keli).Elok jalan dengan penuh confident…tiba-tiba ada yang panggil nama aku…”oi…Mieyra”.Aku toleh dan nampakla budak-budak ofis.Dorang lepak situ.Tengok ke cara dorang macam dah lama lepak sebab makanan dah tinggal tulang je.Aku pun pergila order takeaway cam selalu.Sementara nak tunggu.Aku lepakla kejap dengan dorang.

Gelak punya gelak makanan tak sampai lagi.Budak-budak ni dah banyak kali suruh aku makan situ je.Aku tolak sebab malas nak campur.Tapi bila dorang makin buka cerita dan bagitau apa yang terpendam kat dada dorang….aku joinla terus.Ape lagi.Sebab aku pun memang dah lama simpan marah yang tak terhingga kat mamat dan pondan ni.Memang patut hukum sula dorang ni.

Di pendekkan cerita.Dorang cerita hampir kesemuanya kat aku.Kitorang decide untuk stop sebab dah lewat.Macam biasela…cerita tak puas hati mestila dekat si TL Z dan si pondan M!!!!Aku memang dah lama tau dorang dok mengumpat dan menjaja cerita hidup aku yang tak betol kat semua staff-staff kat ofis.Cuma aku tak dapat nak buktikan kesahihan benda tu walaupun hati aku kuat kata memang betul apa yang aku dengar.Patutla budak-budak ni dah tak hormatkan leader.Sebabnya….dorang hilang hormat kat aku sebab percayakan apa yang TL Z cerita dan sebab apa yang TL Z cerita tu buatkan dorang tak hormat dia jugak.

Bila dah banyak kali dengar benda yang sama dan hati aku pun dah lama rasa benda yang sama,aku bagi suggestion kat budak-budak ni untuk cerita yang sebenar dekat manager.Biar manager tau sape si Z ni!!!!Kau nak main api…takpe…biar aku bakar kau ngan api sekarang sebelum kor asa api dariNYA.Entahla…dia rasa dapat pahala kot dengan buat camtu.Budak-budak ni setuju je nak cerita.Kira okla tu.Kalau tak memang takkan settle.

Lagi satu…budak-budak ni pun ngaku kat aku semalam dorang memang ada cerita pasal aku dekat manager tapi atas arahan dan pujukan dari Z!!!Wei mangkuk…kalau nak cerita pasal aku pun biarla benda tu sahih,jangan main reka cerita.Kau takut aku jadi lagi hebat dari kau ke?Kau fikir dengan cara kau jatuhkan orang kau akan naik????Jangan beranganla.Kalau kau naik sekalipun….tak kemana sebab orang akan tau jugak nanti.Senang camnila….budak-budak kat ofis ni semua tak suka ko sebab ko buat kerja ala kadar je…tak bagus mana pun dan lagi satu kau tak boleh nak jaga mulut kau.Sekurang-kurangnya…budak-budak ni tak suka kat aku sebab aku buat kerja aku…sebab aku selalu tegur kesalahan dorang…mane-mane staff pun akan buat benda yang sama.Tapi itu jela yang dorang tak suka sebab aku ni cerewet tapi mulut aku tak jahat cam kau!!!!Aku tak ngumpat orang.Aku wat hal aku je.Tapi kau suka sangat nak ambik tahu hal orang.Pathetic sangat ke hidup kau sampai kau perlu sebarkan cerita orang lain???

Aku malas nak mengarut panjang-panjang.Nanti tambah pulak dosa aku yang sememangnya dah banyak ni.Okla…aku senaraikan apa yang aku dapat tau dari budak-budak ni semalam dan sebelum ni.Guest what??Yang sebelum ni semua aku dapat tau dari pondan M!!!!Memang lidah ko bercabang dan bersimpang.Pandai kau putar belit cerita kan?

YANG DAH LAMA TAU (pondan M yang bagitau aku):

Z cakap aku tak buat kerja : Kirenya tak buat report akula.Manager pulak percaya.To Ms E:Yang saya hantar report selama ni Ms ingat sape yang buat.Saya tak sangka semudah tu Ms percayakan Z.Kalau Ms panggil saya dan tanya kan lebih professional.Sekarang ni sape yang tak professional.Both of you!!!Ms dan Z suka biar perkara dah jadi teruk dan merebak baru nak menggelabah.Sekurang-kurangnya saya tegur terus.Memang sounded unprofessional tapi pikir logikla…setakat budak-budak ni surf Facebook dan tak pakai kasut…takkan nak panggil masuk meeting room.Buang masa je…so saya tegur terus.It ended there.Easy right?Katanya aku malukan budak-budak ni.Kalau taknak malu jangan buat salah.Simple.

Z yang akan settlekan report aku : Sekarang ni sape yang buat report sape???Aku pernah tolong kau hantar report kau sebab kau cuti.S memang selalu hanta report kau jugak.Sape yang tak buat kerja sekarang?Lagi satu….kerja aku memang libatkan karangan and its in ENGLISH!!!Ms E rase Z mampu ke tulis macam yang saya tulis?Ms tengok sendiri kalau dia tulis complaint.Memang sucks habis.Macam tu nak percaya dia buat report saya???To Z:My ENGLISH is way better than yours.Macam J cakap semalam ENGLISH aku cam KLCC dan ENGLISH Z cam bangunan bawah tanah dan 6 tingkat ke bawah.Jauh sangat jaraknya.

-Z kata aku tengok movie dan surf FB : Yang ni memang aku ngaku aku buat sebab manager lama memang bagi tapi kenala cover-cover.Janganla sampai dia ada pun kau tengok jugak.Itu memang kau tak tau nak respect orang namanya.Bila masuk Ms E,dia memang tak bagi tengok movie tapi dia tak make it official.Cuma cakap tak bagi sebab banyak masalah sejak budak-budak ni tengok movie.Aku tak pernah pulak bagi masalah.So,aku tengokla.Lagipun aku nak release tension sebab kerja aku makin banyak.Kerja aku bertambah satu…buat soalan untuk test bulanan.Mau tak pening kepala nak pikir soalan dan karang ayat bagi betol???Mana nak cope dengan kerja yang sedia ada ni.Mana nak cope dengan kerenah budak-budak ni.So,bila free sikit…aku tengokla movie dan surf FB untuk releasekan tension dan serabut kepala aku.BTW…Z pun sama je dok surf FB!!!Cakap tak serupa bikin.Ms E make it official tak boleh tengok movie dan surf FB baru-baru ni je sebab dia rasa budak-budak ni makin teruk.Kerja tak buat dan banyak sangat merapu.Yang si Z dok bawak mulut cerita yang tak betul tapi salah dia tak nampak pulak.Bila dah official memang aku tak buat langsung benda terlarang tu.FYI : aku ni memang cam kolot sikit.Aku jenis ikut peraturan sedangkan yang lain buat tak kisah je.

Z kata BF aku drug addict : Aku mengaku BF aku kena tangkap polis dan kena reman sebab polis jumpa dadah.Aku memang down habis masa tu.Aku takda pilihan melainkan kena cerita kat Z sebab nak tukar jadual untuk pergi mahkamah.Pasal ni nanti aku cerita kat entri lain.Pendek cerita Z dan S je yang tau pasal ni tapi aku dapat tau satu ofis tau pasal ni.Sape yang cerita ek?hmm….lu pikirlah sendiri.Aku tak kisah pun orang tau tapi dia tak tau cerita sebenar,jadi jangan nak pandai-pandai reka cerita.Aku je yang tau apa yang jadi.p/s:dia siap cakap tengok pun tau bf aku drug addict.”Pandai” gak ko ni pendek.Tak sangka aku.

– Z kata aku tidur kat ofis – Yang ni memang buat aku tergelak besar.Gile ke dia tu.Dah sahla gile.Memang aku ada letak kepala atas meja sebab aku letih sangat or sebab aku tension kerja,tapi takdela tahap tidur.Ke dia sekolah tak abih,tak tau maksud tidur tu ape?Yang aku tau dia yang memang kuat tidur.Letih katenye…abih tu kau ingat orang lain tak letih.Alasan bangang!!!!buat letih je mak kau lahirkan kau kat dunia ni…tapi kau bodoh!!!

Yang seterusnya kat bawah…aku dapat tau semalam masa lepak ngan budak-budak tu :

– Z kata aku dah kena “panjat” : Yang ni memang buat aku menyirap semalam.Sapela yang dikatakan telah “memanjat” aku tu.Sangat bertuah dia.hahaha.Yang ni aku rasa dia main teka je sebab rumah aku dengan rumah bf aku dekat je.Si Z ni pun selalu gak buat-buat borak ngan aku then buka cerita tanya aku stay ngan bf aku ke.HELL NOOO!!!!Salah satu cerita pembukaan yang dia selalu buat ialah tentang rumahla sebab aku memang gila cari rumah cuz nak stay sendiri.Dari situla dia dok ngayat aku.Salah satunya…”Aku ada jumpa satu rumah banglo ni.Sewa dalam RM1500.Ada 7 bilik.Kita boleh sewa sama.Aku 1 bilik.Kau ngan bf kau 1 bilik…bla bla bla….”Aku balas balik “Takde kerja aku nak stay sebilik ngan bf aku.Lagipun aku nak rumah untuk aku stay sorang sebab aku tak suka share.”Terus dia diam.Insiden ni banyak kali terjadi.Apa lagi..sebab dia nak korek kisah hidup akula.Budak-budak tu pun sebenarnya segan nak cakap kat aku sebab benda ni melibatkan maruah.ZR siap tegur aku semalam yang aku ni ok ke tak sebab muka aku dah lain.Selama aku couple dengan bf aku tak pernah aku buat benda camtu.Aku ingat lagi halal haram,dosa pahala.Bf aku pun memang ada rasa hormat kat aku.Yela…dia tunggu lama kot untuk dapat aku.So,dia betul-betul hargai aku.Dia memang hormat setiap keputusan aku…yang tu memang aku terima kasih sangat kat dia.To Z yang tak faham maksud cinta tolong SHUT THE HELL UP!!!!

– Z bagitau satu ofis aku bukan virgin lagi : Yang ni memang best.Dia pandai-pandai assume aku dah kehilangan mahkota aku yang paling besar.Dia tengok berita channel mana yang boleh dapat tahu sampai apa yang terjadi dalam spender aku???Isk isk isk….kau memang manusia paling tak guna,paling busuk hati dan paling jijik pernah aku kenal.Kau sangat teruk!!!Apa yang aku dah buat kat kau sampai camtu sekali kau kata kat aku???Kalau setakat kau assume sorang-sorang dan tak bagitau sesape aku boleh terima tapi kau memang suka jatuhkan air muka orang dan suka aibkan orang.Kau nak aku buktikan ke apa yang kau cakap tu semuanya tak betul???Kalau benda ni jadi dekat keturunan kau nanti apa kau rasa?Kau tak pikir ke mak bapak aku besarkan bukan untuk di jaja maruah diri aku kat orang lain.Kau sape nak judge aku sampai ke tahap tu???Patutla mulut kau terjuih camtu…sebab kau ni suka sangat ngumpat dan tabur fitnah kat orang.Kau kena ingat Tuhan tu ada.Kau jangan lupa pasal tu.Tapi tak taula kalau kau tak tahu kewujudan tuhan sebab aku tak pernah tengok kau solat walau sekali selama 2 tahun aku kerja sama dengan kau.Satu pesan aku….jangan terkejut satu hari nanti kau akan dapat aib yang lebih teruk dari aku.Masa tu jangan kau datang kat aku untuk mintak simpati.Aku memang takkan tolong orang macam kau.Aku lebih sanggup tolong babi yang penuh kurap dari tolong kau!!!!!

Z kata aku buat payroll selalu salah : Yang ni pun best.Selam setahun setengah aku buat payroll,ada sape-sape yang aku salah kira gaji?Tapi F bagitau aku masa mula-mula dia kerja dia tanya Z camna nak kira hours dan OT…si Z boleh cakap kena kira betul-betul sebab aku selalu salah kira gaji budak-budak ni.Selama aku kerja ni HR salah bayar gaji aku adela,bukan aku yang salah kira.Tapi ada satu insiden yang buat aku ingat balik kenapa dia cakap camtu.Ceritanya camni…si P amik AL dan ada MC tapi takda MC certificate.So,dia tinggal kosong dekat borang untuk tulis waktu kerja.AKu tanyela kenapa biar kosong.Si P bagitau aku suruh tanya Z sebab involve jadual kerja and so on.Aku pun tanyela Z…die kata letak je absent or AL sebab manager tak approve untuk ganti yang MC tu dengan Off day dia.Company kitorang akan tolak allowance kalau ada MC unless ada prove certificate untuk MC.Aku pun letakla AL (annula leave).Apa nak buat…aku dah tanya kedua-dua pihak tapi si P pun cam tak kisah.Ambik mudah.Bila dapat gaji memang dia tak dapat allowance la…then merayu dekat manager memang menager tak layan.P nak tuduh aku salah buat payroll,tapi aku bagitaula Z yang kata camtu aku ikut ja.Z pulak kata dia tak tau apa-apa.Rupa-rupanya kena tolak sebab P dah di kira terlebih ambik AL.hmmm…itula ceritanya….mamat ni memang penakut…pengecut…dia takkan nak handle sebarang masalah.Kau jangan jadi leaderla kalau penakut.Aku memang tak salah dalam hal ni sebab aku dah tanya.Manager pun tak dapat nak bantu sebab memang P sendiri tak confirm betul-betul pasal gaji dia.So,jangan nak menggelabah tak tentu pasal.

Aku cerita yang ni jela.Aku malas nak tulis lebih-lebih.Aku taknak aku tak dapat tidur cam semalam sebab terlalu pikirkan semua ni.Aku menangis sorang-sorang pikir apa salah aku kat Z dan pondan M sampai camtu dorang balas kat aku.Aku sikit pun tak pernah kacau hidup dorang.Femes sangat ke aku ni sampai kau nak tau semua yang terjadi kat aku?Kalau nak tau sangat datang jumpa aku tanya puas-puas.Aku memang akan jawab semuanya.Kalau tak puas hati bagitau.Jangan jadi jantan pengecut.Buat malu je.Aku yang perempuan ni tak pernah takut untuk bersemuka dengan orang.Aku cabar kau time meeting nanti…aku nak tengok reaksi kau.Aku nak kau tersentak dan terkedu sebab kitorang semua dah tau auta kau selama ni.So,harapnya aku dapat tidurla malam ni.Aku letih sangat.Banyaknya dugaan yang terpaksa aku tempuh ya Allah…berikanlah aku kekuatan untuk tempuhi semua ni.Hari meeting ni budak-budak ofis aku memang nak reveal perbuatan Z dekat manager.Aku nak manager aku bukak mata dan hati dia…jangan termakan semua yang Z cakap kat dia.Itu je yang aku mintak.Tapi andai kata kitorang tak berjaya dan nasib tak menyebelahi aku…aku redha.Sekurang-kurangnya aku dah cuba untuk tebus maruah diri aku.Aku bukan pengecut.