Archive for September, 2010

AL KISAH : A NAK PINJAM DUIT

Posted: September 25, 2010 in Mieyleter & mieyrapu

Semalam aku cuti.Aku bangun awal (awal ke?) dan kemas rumah sebab dah macam tongkang pecah rumah aku.Tengah syok-syok ngemas sambil layan lagu dan melalak sorang-sorang,tibe-tibe handphone aku bunyi.Nombor tidaklah aku kenali.Bila aku jawab,kawan aku A call.Dialog seperti dibawah:

Aku : Hello

A : Hello kak,ni saye A.

Aku : Aaah…ada pe?

A : Kak Mieyra,nak pinjam duit.Saye memang takde duit langsung ni.

Aku : Yeke….kak pun takde duti camne nak bagi kau pinjam.

A : Yeke…k la….

Pap.Terus die letak telefon.Camtu ke sorang kawan mintak tolong?Untuk sape-sape yang pernah buat kerja tak senonoh camni,tolonglah hentikan kerja korang.Malu tau tak.Dahla kau mintak tolong orang,budi bahasa takde langsung.Camtu ker?Kalau aku banyak duit masa tu pun memang aku tak bagi pinjam.

Tapi disebabkan rekod-rekod pinjaman tanpa bayar semula yang terlalu melampau dari A kepada kawan aku N,aku decide untuk cakap aku takde duit je.Sebenarnye memang takde duti pun tapi kalau dia mintak elok-elok dan setakat nak mintak sikit,aku boleh tolong.Aku ni bukan jenis berkira dengan orang.Yang mana mampu aku tolong ,aku tolong,kalau tak mampu tu nak buat camne.

Pastu aku bagitau N pasal ni dan dia pun cakap,”saya bukan taknak bagi dia pinjam kak.Dah banyak sangat dia pinjam tapi tak pernah bayar.”Camne tu???Aku jugak dapat tau dari N si A ni bila dah dapat duit benda pertama dia buat adalah beli topup!!!Bukan call mak ayah atau untuk benda-benda penting tapi call “boyfriend” dia.Kenapa aku letak tanda?Sebab according to N,dia tak pernah jumpa any of her boyfriend but she has many boyfriends.Sadly to inform,dia memang akan topup untuk boyfriend dia for the sake untuk SMS ngan dia.Kalau tak topup the guy takkan layan dia pun.Kalau aku jadi dia,pergi m$%#$#s la kau.Jangan berangan!!!Aku bukan bodoh nak terkena camtu.

N pulak selalu ngadu kat aku yang A ni memang tak makan nasihat.Tapi bila susah baru nak ingat kawan.Hmmm…dalam kes ni,kalau aku jadi N,aku takkan ambil risiko tinggal serumah dengan dia.Aku taknak tempa masalah.

To A : Ingatlah sape yang selalu tolong kau.Jangan jadi bodoh.Ramai lagi lelaki kat dunia ni.Jangan disebabkan lelaki,kau rosakkan hidup kau.Tak rugi kalau takde boyfriend yang camtu tapi sangat rugi kalau gadaikan maruah dan masa depan untuk “boyfriend” yang camtu.Renung-renungkan.

To N : Hati-hati dan banyakkan bersabar.

To aku : Masih menyendiri sebab takut terkena lagi.haha…Sedih tol.Takpe,Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar.

Advertisements